fbpx
Hasan (tiga dari kiri) menyerahkan cenderamata kepada Adam Adli (kanan) pada Majlis Perasmian FPHU di Pusat Konvensyen Shah Alam. – Ihsan FPHU

Tawar jurusan pengurusan haji dan umrah sehingga PhD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEKTOR pendidikan negara melakar sejarah baru-baru ini apabila sebuah institusi pengajian pengurusan haji dan umrah secara rasminya diiktiraf sebagai peneraju utama yang komited menyediakan laluan pengajian lengkap daripada peringkat sijil sehingga Doktor Falsafah (PhD) bagi melahirkan ribuan modal insan profesional dalam industri berkenaan.

Disempurnakan perasmiannya oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim, Fakulti Pengurusan Haji dan Umrah (FPHU) @ Cyberjaya menerusi program Melahirkan

Profesional Haji dan Umrah 2026 (MPHU) memperkukuh ekosistem pendidikan profesional haji dan umrah.

Kejayaan bertaraf global itu dicapai menerusi komitmen jitu Your Education Guidance (YEG) Academy dengan kerjasama Innovative University College (IUC) yang tekad melonjakkan industri haji dan umrah sehingga ke peringkat tertinggi, sekali gus membuktikan bidang ini bukan lagi sekadar kerjaya tradisi, malah sebuah profesion amat dihormati.

Ia juga selaras aspirasi Visi Arab Saudi 2030, yang memberi penekanan kepada peningkatan kualiti perkhidmatan haji dan umrah, kecekapan pengurusan jemaah serta pengalaman ibadah yang lebih tersusun, selamat dan profesional.

Perkembangan ini secara langsung mewujudkan keperluan yang semakin besar terhadap tenaga kerja mahir, berpengetahuan dan terlatih dalam bidang pengurusan haji dan umrah.

Pengarah Urusan YEG Academy, Hasan Ithnin menjelaskan program MPHU merupakan kesinambungan misi sejak tahun 2019 yang dahulunya dikenali sebagai Misi Melahirkan Mutawwif Profesional.

Seiring perkembangan industri, inisiatif tersebut kini dijenamakan semula sebagai Melahirkan Profesional Haji dan Umrah bagi mencerminkan skop lebih luas dan menyeluruh.

Menurut Hasan, fakulti ini telah membuktikan rekod kejayaan luar biasa apabila berjaya lahirkan lebih 1,000 graduan peringkat diploma dan melebihi 4,000 graduan bagi peringkat Sijil Profesional

Pengurusan Haji dan Umrah (SPHU).

Lebih menarik, program pengajian ini bukan saja mendapat sambutan hangat daripada pelajar tempatan, malah dari tiga negara serantau Singapura, Brunei dan Indonesia yang berminat merebut peluang pengajian Fast Track Degree berserta kemudahan Tajaan Penuh 30 Hari Praktikal di Mekah dan Madinah.

“Program yang kita tawarkan ini juga bukan hanya untuk lepasan SPM, ada juga daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Ada golongan profesional, doktor, peguam, jurutera dan pencen juga sebab nak terlibat dalam industri haji dan umrah ini,” jelas Hasan pada sidang media Perasmian Fakulti Pengurusan Haji dan Umrah @ Cyberjaya yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam baru-baru ini.

Fakulti Pengurusan Haji dan Umrah (FPHU) di Cyberjaya yang diusahakan dan diuruskan YEG Academy dengan kerjasama IUC diwujudkan sebagai platform pendidikan profesional yang menggabungkan kekuatan ahli akademik, tenaga pakar, pengamal industri serta pemain utama dalam bidang haji dan umrah.

Gabungan ini membolehkan program-program yang ditawarkan memberi penekanan seimbang terhadap ilmu teori, kefahaman ibadah, kemahiran pengurusan, pendedahan industri dan pembangunan kerjaya.

Tambah Hasan, hampir 80 peratus graduannya pada peringkat diploma hari ini mempunyai kerjaya yang sangat stabil dalam industri Haji dan Umrah di dalam Malaysia, malah ada juga yang memiliki kerjaya di Mekah dan Madinah.

Pencapaian ini membuktikan bahawa pendekatan pendidikan berasaskan industri yang diterapkan oleh fakulti ini mampu melahirkan graduan yang lebih bersedia, berdaya saing dan relevan dengan keperluan pasaran kerja semasa.

Melihat kepada impak positif dan kadar kebolehpasaran yang tinggi ini, usaha pengurusan YEG Academy itu mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi kehadiran Adam Adli pada majlis tersebut.

Adam Adli menyifatkan langkah ke hadapan ini sebagai satu penanda aras yang sangat besar buat negara.

“Kita mendukung usaha YEG dan juga IUC bagi memastikan bahawa kita boleh teruskan pelaksanaan kedudukan dalam bidang haji dan umrah supaya tidak terhad hanya pada sijil.

“Ini sebenarnya kalau kita buat sendiri ukuran, kita pandang yang lebih besar. Ini satu pencapaian yang tidak boleh kita buat main,” ujar Adam Adli.

Baginya, kerjasama antara YEG and IUC ini adalah untuk memastikan pelaksanaan pendidikan dalam bidang haji dan umrah ini tidak terhad hanya pada peringkat sijil, malah merangkumi sistem pengajian menyeluruh dari peringkat bawah hingga ke peringkat tertinggi.

Beliau turut menekankan bahawa bidang pengurusan ini merupakan salah satu cabang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pengkhususan tinggi yang mempunyai potensi pasaran yang sangat besar di peringkat antarabangsa atau global dan mampu memberi pulangan ekonomi yang baik kepada negara.

Foto menunjukkan ruang pembelajaran di fakulti.

Bukan sekadar sijil dan diploma, fakulti itu menawarkan Fast Track Degree Pengurusan Haji dan Umrah sebagai laluan pengajian lebih strategik kepada pelajar yang ingin mempercepat pembangunan kelayakan akademik dalam bidang ini.

Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Haji dan Umrah pula sebagai laluan akademik lanjutan bagi melahirkan graduan yang lebih kompeten dalam aspek pengurusan, pentadbiran, operasi dan kepimpinan industri.

Seterusnya, Sarjana Pengurusan Haji dan Umrah secara penyelidikan bagi membina budaya penyelidikan, penulisan akademik dan pembangunan ilmu dalam bidang haji dan umrah serta PhD

Management dalam bidang haji dan umrah sebagai laluan tertinggi kepada ahli akademik, penyelidik, pemimpin industri dan pakar rujuk yang ingin menyumbang kepada pembangunan ilmu serta polisi berkaitan haji dan umrah.

Rantaian kejayaan institusi ini dibuktikan menerusi lambakan barisan alumni fakulti yang kini berjaya menembusi pasaran kerja.

Antaranya Muhammad Azli Jamil, 27, yang merupakan graduan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) yang pernah bertugas sebagai mutawif dan kini telah memasuki dalam bidang pemasaran yang memasarkan berkaitan haji dan umrah.

Azli yang turut bekerja di Mekah membuktikan bahawa bidang ini menawarkan jaminan masa depan kerjaya yang sangat stabil dan dihormati.

“Pengajian di sini banyak membantu sebab sekurang-kurangnya kita sudah tahu ataupun kita sudah mendalami situasi apa yang kita nak kena lalui di Tanah Suci.

“Kita sendiri berada di sana,” katanya penuh dedikasi.

Selain itu, Nur Rahman yang juga merupakan alumni DHUMY dan kini bekerja sebagai pegawai operasi haramain berkata, bidang ini menyediakan pendekatan terbaik untuk melatih penuntut tentang bagaimana untuk membawa diri serta berdikari dalam ekosistem kerja sebenar.

“Dulu, ramai yang menganggap bidang ini hanya sekadar menjadi mutawif tradisional. Namun, selepas menyertai fakulti ini, kami sedar bahawa skop industri ini sangat luas meliputi pengurusan risiko, komunikasi antarabangsa, teknologi perjalanan dan pemasaran pakej,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi alumni DHUMY, Nadrah Safirah, 24, yang kini memegang jawatan sepenuh masa dalam bidang pemasaran dan pencipta kandungan di syarikat pelancongan selepas tamat pengajian turut berkongsi kelebihan aspek praktikal program berkenaan.

“Sebenarnya kami juga diberi pendedahan untuk praktikal di mana kami mendalami situasi sebenar. Bermula dari lapangan terbang lagi serta pendaftaran jemaah.

“Dari situ kita dah kena layan pelbagai ragam sehinggalah mereka di sana dan selamat pulang. Walaupun dah selamat pulang pun sebenarnya kita masih lagi melayan ragam masing-masing,” ujarnya.

Bagi mempersiap pelajar dan tenaga kerja mendepani cabaran industri, barisan pensyarah kanan serta personaliti terkenal seperti PU Riz dan PU Amin turut hadir memberikan sokongan padu dalam memastikan kualiti bimbingan fakulti sentiasa berada pada tahap tertinggi.

Kini, dengan reputasi sebagai fakulti yang paling ramai melahirkan profesional, dipercayai dan terbukti berjaya, Fakulti Pengurusan Haji dan Umrah YEG @ Cyberjaya terus memasang impian besar untuk memacu industri ini ke tahap global.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN