fbpx
Tangkap layar video memperlihatkan deretan kenderaan pengunjung masuk ke Cameron Highlands pada pagi ini.

[VIDEO] ‘Pukul 5.30 pagi naik Cameron Highlands, dah ramai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Semua laluan masuk ke Cameron Highlands masih sesak seperti semalam, ekoran pertambahan pengunjung ke tempat peranginan tersebut sempena cuti hujung minggu dan cuti persekolahan.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok Abang Cameron Highlands yang juga penduduk tempatan, dia berkongsi video memperlihatkan deretan kenderaan pengunjung di lokasi percutian tersebut pada pagi ini.

“Hari ni jem (sesak) sama macam hari semalam. Sekarang ini Tanah Rata, Brinchang, Kea Farm… macam biasa, macam semalam juga (sesak).

“Tapi tengok hari ni orang dari Simpang Pulai ramai lagi yang naik hari ni. Jadi jangkaan Abang Cameron, esok pun insya-Allah akan ramai lagi naik Cameron,” katanya pada video dimuat naik pagi ini.

Dia berkata, cuaca di Cameron Highlands pula sudah beberapa hari tidak hujan.

“Alhamdulillah, dah beberapa hari tak hujan dan suhu pagi 21 darjah Celsius,” katanya.

Video itu mendapat pelbagai maklum balas termasuk ada yang berkongsi pengalaman masuk ke Cameron Highlands pagi ini, selain ada juga tetap mahu ke sana walaupun perlu berdepan kesesakan.

“Hari ni 31 Mei pukul 5.30 pagi, saya naik Cameron ikut Simpang Pulai, fuh ramai. Depan kereta saya ada dalam 20 buah, belakang kereta saya hampir 10 buah. Awal pagi dah ramai,” kata pengguna TikTok Muzamir Amir.

“Tengah layan jem nak ke Boh Sungai Palas dalam 9.30 pagi, tapi ikut Waze satu jam lebih,” komen Adriana Mikayla.

“Jem pun jem lah, janji nak pergi juga. Wife (isteri) lah cakap,” komen pengguna TikTok Ee. – KOSMO! ONLINE

@abang.cameron Hari ni jem sama macam hari semalam😅#cameronhighlandsmalaysia🍓 #cameronhighland #brinchang #keafarm ♬ Family Time – Melodion

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN