fbpx
Dzulkefly bersama peserta program korban itu di Bandar Puncak Alam Fasa 3, Kuala Selangor. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED / KOSMO

KK Puncak Alam mula dibina tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Projek pembinaan Klinik Kesihatan (KK) Puncak Alam dijangka bermula tahun depan selepas proses pengambilan tanah selesai.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, tapak dikenal pasti melibatkan deretan 11 lot kedai di Alam Suria, Bandar Puncak Alam dengan permohonan pengambilan tanah telah dikemukakan kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Selangor pada 28 April lalu.

Menurut beliau, permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah dan kini menunggu kelulusan pihak berkaitan.

“Selepas proses itu selesai, kawasan berkenaan akan menjadi hak milik Kementerian Kesihatan (KKM) dan pembinaan dijangka dapat dimulakan pada 2027.

“Kita juga telah menyediakan peruntukan awal sebanyak RM5 juta bagi kerja-kerja permulaan projek ini,” katanya ketika ditemui pada Program Korban Perdana Parlimen Kuala Selangor di Bandar Puncak Alam Fasa 3 di sini hari ini.

Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, kos keseluruhan pembinaan KK tahap tiga itu dianggarkan melebihi RM50 juta.

Tambah beliau, KKM akan mengadakan pertemuan khas dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bagi mempercepatkan urusan berkaitan projek tersebut.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN