fbpx
Poster yang dimuat naik oleh Anwar Ibrahim di laman Facebook.

Sambutan hari Kaamatan, Gawai lambang kekuatan Malaysia majmuk – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai disifatkan sebagai lambang kekuatan Malaysia yang berjaya memelihara keharmonian dalam kepelbagaian kaum, adat dan budaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua perayaan itu merupakan sambutan kesyukuran yang berakar daripada tradisi serta warisan masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, sambutan tersebut diraikan penuh makna dalam semangat kebersamaan, muafakat dan penghargaan terhadap nikmat hasil bumi.

“Dalam kepelbagaian adat, bahasa dan budaya yang mewarnai negara kita, sambutan ini mengingatkan bahawa kekuatan Malaysia terletak pada kemampuannya memelihara keharmonian dalam kemajmukan.

“Ia sekali gus memperkukuh semangat persaudaraan dan menyuburkan budaya saling menghormati dalam kalangan rakyat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Beliau berkata, selaras dengan semangat itu, Kerajaan Madani bertekad memastikan Sabah dan Sarawak terus menerima manfaat pembangunan yang saksama serta berterusan.

Katanya, usaha berkenaan perlu diterjemahkan menerusi peluang pendidikan yang lebih baik, akses kesihatan berkualiti, pembangunan infrastruktur asas yang menyeluruh serta kehidupan lebih bermaruah untuk rakyat.

“Semoga sambutan ini membawa kemakmuran, keberkatan serta memperteguh semangat muafakat dan kebersamaan yang menjadi tunjang keharmonian Malaysia tercinta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN