fbpx
Tangkap layar video menunjukkan kambing itu dipegang oleh seorang lelaki semasa menaiki motosikal. - TikTok

2 lelaki bawa kambing naik motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Dua lelaki di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila dirakam membawa seekor kambing menaiki motosikal, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan seorang lelaki sedang menunggang motosikal, manakala rakannya memegang kambing tersebut di belakang. 

Pengguna jalan raya lain ketawa apabila kambing itu tiba-tiba mengembek dengan kuat dan cuba melarikan diri. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Kambing itu sebut ‘tolong’,” kata seorang netizen. 

“Busuk sangat ketiak dia (lelaki berkenaan) sampai menjerit kambing itu,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN