LANGKAWI – Trip perjalanan feri yang terhad dan dicatu mampu merencatkan kemasukan pelancong ke pulau peranginan ini terutama pada musim cuti persekolahan. Pengerusi Persatuan Penggiat Industri Pelancongan Langkawi, Raseli Yahya berkata, operator feri perlu membuat pertimbangan sewajarnya dengan meningkatkan jumlah trip serta menyusun jadual secara lebih sistematik bagi memenuhi permintaan pelancong. “Ramai pengunjung yang menaiki feri ke Langkawi membuat tempahan pada saat akhir atau secara walk-in kerana sudah terbiasa dengan jadual perjalanan feri yang banyak sebelum ini. “Apabila penumpang melihat…














