fbpx
Angota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit bawah kereta dan disahkan meninggal dunia. - JBPM Selangor

Warga emas maut terperosok bawah kereta sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Seorang lelaki warga emas maut selepas terperosok di bawah kenderaannya yang mengundur dalam kejadian di hadapan rumahnya di Batang Kali di sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 5.30 petang semalam.

Beliau berkata, mangsa berusia 67 tahun ditemukan terperosok selepas meletakkan kereta tersebut di kawasan garaj rumahnya.

“Mangsa kemudian keluar dari kenderaan untuk menutup pagar sebelum kereta itu mengundur lalu merempuhnya. Rempuhan itu menyebabkan warga emas tersebut terjatuh dan terperosok di bawah kereta.

“Lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Menurut beliau,  warga emas tersebut dipercayai tidak menarik brek tangan selepas meletakkan kereta di kawasan landai.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN