fbpx
Tangkap layar video menunjukkan dua anak patung berbentuk pocong yang diterima Setiawati. - TikTok

Wanita terkejut, terima bungkusan berisi pocong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang wanita di Kulon Progo, wilayah Daerah Istimewa Yogyakarta terkejut menerima bungkusan berisi dua anak patung yang menyerupai pocong, lapor portal berita Lambe Turah. 

Bungkusan itu dihantar ke rumah wanita dikenali sebagai Setiawati yang terletak di Desa Bumirejo, baru-baru ini.

Setiawati berkata, dia terkejut apabila diberitahu oleh pekerja kurier bahawa bungkusan tersebut telah dibayar. 

“Memandangkan nama dan alamat yang tertera adalah tepat, saya fikir bungkusan itu milik suami. 

“Selepas dibuka, saya menjerit ketakutan apabila melihat dua patung menyerupai pocong,” kata Setiawati. 

Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti individu yang menghantar bungkusan itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN