fbpx
AARON menyifatkan penglibatannya dalam bisnes pengendalian pakej umrah satu amanah besar dan mendekatkan dirinya dengan agama.

‘Hidup perlu ada tujuan lebih besar selain seni’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

CUKUP makan garam dalam industri seni dan hiburan, Aaron Aziz menemui satu titik kematangan mahu menggunakan pengaruh dimiliki ke arah perkara yang lebih bermakna dan memberi nilai positif kepada masyarakat.

Sedar seni dan lakonan tetap dekat di hatinya namun dia percaya kehidupan perlu mempunyai tujuan lebih besar daripada sekadar hiburan semata-mata.

“Selama bertahun-tahun masyarakat mengenali saya melalui lakonan dan produksi. Dunia seni itu akan tetap menjadi sebahagian daripada perjuangan saya kerana saya percaya seni juga mampu membawa mesej dan manfaat terhadap masyarakat.

“Namun semakin saya matang, saya merasakan hidup ini perlu mempunyai tujuan yang lebih besar daripada hiburan,” katanya yang kini mahu memberatkan hidupnya ke jalan agama.

Niat membantu sesama Islam, pelakon asal Singapura itu juga memilih untuk terlibat secara aktif dalam pengurusan pengendalian umrah menerusi kerjasama bersama Karva Travel & Tours menerusi syarikatnya Aaron Aziz Productions.

Tambah bintang Ombak Rindu itu, penglibatan bersama Karva Travel lahir daripada keinginan membantu lebih ramai umat Islam menunaikan umrah dengan lebih tenang dan yakin.

“Saya melihat ibadah umrah bukan hanya pengembaraan fizikal ke Tanah Suci, bahkan satu perjalanan hati termasuk persediaan mental.

“Ada orang yang lama menyimpan impian menjadi tetamu Allah tetapi masih takut melangkah kerana faktor kesihatan, usia atau kurang yakin pada kemampuan diri.

“Kalau dengan pengalaman dan usaha yang kami ada ini dapat membantu memudahkan urusan ibadah mereka, bagi saya itu satu amanah yang sangat besar nilainya,” ujarnya.

Akui aktor berusia 52 tahun itu lagi, Karva Travel menawarkan pelbagai kemudahan premium termasuk hotel berhampiran Haramain, pasukan sokongan di Malaysia, Singapura dan Arab Saudi selain ketua rombongan yang terlatih dalam bidang perubatan.

AARON Aziz bersama isteri Diyana Halik kini memilih untuk terlibat secara aktif dalam pengurusan pengendian umrah menerusi kerjasama bersama Karva Travel & Tours.

Pakej khas wanita

Syarikatnya juga turut memberi perhatian khusus kepada jemaah warga emas serta mereka yang mempunyai penyakit kronik termasuk keperluan dialisis dan bantuan mobiliti.

Pada masa sama, akuinya syarikat tersebut bersama Hayaa’ Network Pte. Ltd. turut menjadi antara perintis program umrah khas wanita yang sudah dijalankan sejak empat tahun lalu.

“Program tersebut menampilkan gabungan bimbingan agama dan penjagaan emosi menerusi khidmat Ustazah Liyana Musfirah selain sokongan psikoterapi daripada pengasas Hayaa’ Network, Maimunah Mosli,” katanya.

Aaron juga maklum bahawa kehidupan moden hari ini membuatkan ramai individu berdepan tekanan dan kekosongan jiwa walaupun kelihatan berjaya di mata dunia.

“Saya sendiri pernah melalui pelbagai fasa kehidupan yang mengajar tentang jatuh bangun, kehilangan serta tekanan.

“Sebab itu saya berharap perjalanan umrah yang dibimbing dengan baik mampu menjadi ruang untuk manusia kembali mencari ketenangan hakiki,” katanya.

Kempen utama Karva Travel bertemakan Your First Umrah – Guided with Care, Knowledge & Sincerity kini mendapat sambutan positif khususnya daripada golongan yang pertama kali ingin menunaikan umrah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN