fbpx
Anwar meluncurkan Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi, Pulau Pinang semalam.

Akademi DNA Faisal Halim lahir bakat muda bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelancaran Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim menjadi usaha memperkasa pembangunan bola sepak akar umbi serta mencungkil bakat muda negara.

Menurut beliau, akademi itu bukan sahaja pusat latihan, malah medan membentuk disiplin, semangat juang dan keyakinan generasi muda.

“Saya percaya masa depan sukan negara bergantung kepada usaha membentuk bakat muda dengan nilai kerja keras, adab dan iltizam yang tinggi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berharap akademi tersebut mampu melahirkan lebih ramai pemain muda yang dapat mengharumkan nama negara di pentas lebih tinggi.

Untuk rekod, Faisal yang dikenali Mickey kini beraksi bersama skuad Harimau Malaya dan pernah mewakili Terengganu FC serta Sri Pahang FC sebelum menyertai Selangor FC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN