JAKARTA – Dua wanita di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila mengamuk kerana gagal menangkap ikan ketika memancing bersama-sama, lapor portal berita Lambe Turah.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @kedipsendu menunjukkan wanita-wanita terbabit membaling sejumlah ranting kayu ke dalam sungai.
Perbuatan itu dibuat selepas mereka gagal menangkap ikan.
Rakaman itu mencatatkan lebih 5,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Kesabaran senipis tisu tapi mahu memancing,” kata seorang netizen.
“Sudah faham kenapa para suami tidak mengajak isteri memancing,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI














