PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar), Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).
“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya.
Cuaca buruk dijangka turut melanda Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sibu, Mukah (Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Subis).
Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu).
MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE














