LONDON – Arsenal menutup tirai musim penuh gemilang dengan melakar 2-1 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park sebelum menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) secara rasmi buat kali pertama dalam tempoh 22 tahun.
Skuad kendalian Mikel Arteta itu telah mengesahkan kejuaraan EPL musim ini berjaya meraih tiga mata hasil jaringan Gabriel Jesus dan Noni Madueke untuk mengumpul 85 mata dalam 38 perlawanan.
Sebaik wisel penamat dibunyikan, para pemain Arsenal menuju ke arah penyokong di tempat lawan untuk meraikan kejayaan bersejarah yang menamatkan penantian panjang selepas kali terakhir menang ketika era ‘Invincibles’ pada 2004,.
Dalam satu lagi keputusan tumpuan, era gemilang Pep Guardiola bersama Manchester City berakhir dengan kekalahan apabila mereka tumbang 1-2 kepada Aston Villa.
Gol separuh masa kedua daripada Ollie Watkins memadam jaringan awal Antoine Semenyo ketika Villa melengkapkan kemenangan berganda ke atas City buat kali pertama sejak musim 1962/63.

Di Stadium Amex, Manchester United turut menutup tirai musim dengan kemenangan selepas menewaskan Brighton 3-0 hasil jaringan Patrick Dorgu, Bryan Mbeumo dan Bruno Fernandes.
Di Stadium of Light pula, Sunderland mencipta sejarah tersendiri apabila kemenangan mereka memastikan kelab itu kembali beraksi di pentas Eropah buat kali pertama sejak musim 1973/74 dengan menewaskan Chelsea 2-1.
Di zon penyingkiran, Tottenham berjaya kekal dalam saingan EPL selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas Everton dengan West Ham tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan walaupun menang 3-0 ke atas Leeds United. – AGENSI














