fbpx
Suami isteri maut selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta yang dipercayai memasuki laluan bertentangan dalam kejadian di Teluk Medan, Bagan Serai petang tadi.

Pasangan suami isteri maut dirempuh Toyota Innova

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN SERAI – Sepasang suami isteri maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki mereka dipercayai dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova yang masuk ke laluan bertentangan.

Kemalangan pada pukul 4.42 petang itu berlaku di Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth, Teluk Medan di sini hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Sahbuddin Bakar, 65, dan isterinya, Noraziyah Jahari, 51, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan disebabkan kecederaan parah.

Mayat kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Parit Buntar di sini untuk proses bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN