fbpx
ANTARA aksi menarik Goh Sze Fei-Nur Izzuddin pada aksi final Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 di Axiata Arena, hari ini. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

Sze Fei-Nur Izzuddin terlepas gelaran juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA LUMPUR – Perjalanan hebat beregu professional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berakhir dengan kekecewaan selepas tewas kepada pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 di Axiata Arena, hari ini.

Turun selaku pilihan ketiga, Sze Fei-Nur Izzuddin terpaksa akur tewas 16-21, 17-21 sekali gus menafikan hasrat Malaysia untuk mengekalkan kemenangan dalam acara beregu lelaki.

Permulaan Sze Fei-Nur Izzuddin agak perlahan apabila membenarkan Lundgaard-Vestergaard memperoleh tujuh mata berturut-turut sebelum kembali bangkit hingga kedudukkan terikat 10-10.

Bagaimanapun, prestasi terbaik tidak mampu dikekalkan hingga membenarkan pasangan lawan menang 21-16.

Di set kedua, permainan lebih baik berjaya dipamerkan Sze Fei-Nur Izzuddin tetapi Lundgaard-Vestergaard masih mampu mengejar untuk melengkapkan aksi 42 minit dengan kemenangan 21-17. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN