fbpx
Anggota bomba mengangkat mayat Muhammad Amir Ashraf yang lemas di Sungai Beril, Paka, Dungun hari ini.

Lemas Sungai Paka: Mayat abang dijumpai, adik masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DUNGUN – Mayat pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Durian Guling, Muhammad Amir Ashraf Mohd. Zul-Zunaidi yang hilang ketika mandi di Sungai Beril, Paka di sini, ditemukan lemas  sebentar tadi.

Anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menjumpai mayat Muhammad Amir Ashraf, 15, ketika melakukan selaman di dasar sungai pada pukul 3.47 petang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintendan Jumaidy Bah Chong Weh berkata, mayat remaja tersebut ditemukan pada kedalaman 5.1 meter di dasar sungai.

“Mayat mangsa ditemukan pada jarak tujuh meter dari lokasi dia hilang. Operasi diteruskan untuk mencari Muhammad Aidil Amsyar yang masih hilang,” katanya di sini hari ini.

Mayat Muhammad Amir Ashraf kemudian dihantar ke Unit Forensik, Hospital Dungun di sini untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, dua rakan mangsa, Muhammad Farish Iqbal Cik Mohana Runasdi, 14, dan Muhammad Afi Naashif Adli Noone, 15, yang turut mandi bersama dua beradik tersebut gagal mengawal air mata sewaktu mayat mangsa diangkat anggota penyelamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN