fbpx
Seorang wanita menunjukkan gambar anak lelakinya yang mengalami kecederaan dipercayai akibat dibuli di sebuah sekolah di Jitra sejak tahun lalu.

Siasatan kes buli murid tahun 3 dijamin telus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JITRA – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah memberi jaminan siasatan kes buli membabitkan murid lelaki tahun tiga di sebuah sekolah di sini dilakukan secara telus dan terperinci.

Pengarah Pendidikan negeri, Abdul Rahim Mat berkata, pihaknya memandang serius kejadian buli itu seperti yang dilaporkan media, baru-baru ini.

“Kejadian ini sedang dalam siasatan pihak jabatan dan kita memberi jaminan siasatan yang telus dan terperinci bagi memastikan keadilan untuk murid yang menjadi mangsa.

“Tindakan disiplin tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, semua institusi pendidikan di bawah kelolaan JPN negeri diingatkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi membanteras salah laku buli.

“Sekiranya berlaku kejadian buli, ia perlu ditangani dengan segera berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang murid lelaki tahun tiga didakwa mengalami kecederaan termasuk retak tulang tangan dipercayai dibuli rakan sekelas sejak tahun lalu.

Ibu kanak-kanak itu yang mahu dikenali sebagai Fatin, 32, mendakwa anaknya mengalami kecederaan itu dalam insiden berasingan pada 17 Mei 2025 dan 26 Mac serta 17 Mei lalu.

Dakwanya, kejadian berulang itu menyebabkan anaknya takut untuk ke sekolah sehingga terpaksa dipindahkan ke sekolah lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN