fbpx
Gambar hiasan

Ribut petir di Pantai Timur petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat di beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Rompin).

“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor (Kuala Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Jempol) dan Johor (Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya.

Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).

Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat.

MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN