“IDEA kepada pembangunan teknologi dron pemintas atau antidron Counter Unmanned Aerial System yang dinamakan Rocket Assisted Interceptor Drone (Raid) ini tercetus apabila berlakunya konflik peperangan di antara Ukraine-Rusia dan yang terkini konflik di Asia Barat. “Peperangan tersebut memperlihatkan dron kamikaze yang berkos rendah digunakan untuk memusnahkan sasaran penting. “Pembangunan sistem yang berkos rendah seperti Raid ini amat sesuai untuk kerja-kerja pemintas seperti ini.” Itu penerangan pakar bidang pemindahan haba, pembakaran dan dinamik bendalir berkomputer (CFD) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah……














