fbpx
Anwar bersama Tengku Ahmad Badli Shah ketika melancarkan Skim Usahawan Tani Agrobank x FAMA di Pasar Tani Taman Melawati hari ini.

PM lancar Skim Usahawan Tani Agrobank x FAMA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan Skim Usahawan Tani Agrobank x FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) di Pasar Tani Taman Melawati, Kuala Lumpur hari ini.

Skim tersebut merupakan pakej komprehensif hasil kerjasama strategik antara Agrobank dan FAMA merangkumi pembiayaan, penabungan, perlindungan takaful, transaksi digital serta latihan keusahawanan percuma dalam aspek pengurusan kewangan dan pemasaran.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah
Raja Hussin berkata, skim itu menawarkan kadar keuntungan serendah 2.5 peratus setahun dan permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2026,

Melalui skim itu katanya, Agrobank mensasarkan seramai 1,000 usahawan tani menerima manfaat kemudahan pembiayaan mikro dengan jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM100,000 bagi setiap pelanggan.

“500 pelanggan terawal yang layak dan memohon Skim Usahawan Tani Agrobank x FAMA akan menerima manfaat pembiayaan mikro bersama barangan ekslusif Agrobank,” katanya pada majlis tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Usahawan Tani Agrobank x FAMA, sila layari www.agrobank.com.my atau kunjungi cawangan Agrobank berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN