BAGI sesetengah orang, laut cumalah destinasi percutian, namun bagi penggemar aktiviti freediving, lautan adalah ruang untuk mencari ketenangan, mengenal diri dan lari seketika daripada hiruk-pikuk dunia. Aktiviti menyelam tanpa bantuan tangki oksigen ini kini semakin mendapat tempat dalam kalangan pencinta sukan air, terutama generasi muda yang mencari pengalaman lebih mendalam dengan alam semula jadi. Bagi penyelam bebas asal Filipina, Wellbein L. Borja, penglibatan dalam freediving bermula ketika dia melalui fasa hidup yang penuh ketidaktentuan. “Ketika ramai memilih untuk menyibukkan diri……














