fbpx
Peguam dan bapa kepada Allahyarham Adli Hakim Akberdin, Datuk Akberdin Abdul Kader menabur bunga ke pusara anaknya di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam. FOTO/AFIQ RAZALI

3 maut: Jenazah Adli Hakim selamat dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Jenazah mangsa kemalangan, Allahyarham Adli Hakim Akberdin, 24, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, kira-kira pukul 6.05 petang tadi.

Suasana pilu menyelubungi kawasan tanah perkuburan yang dihadiri lebih 200 ahli keluarga, saudara mara dan rakan arwah.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd. Zaini Abu Hassan.

Terdahulu, jenazah Allahyarham dimandi dan dikafankan sebelum disembahyangkan di Masjid Seksyen 7, di sini.

Adli Hakim antara tiga pelajar lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan di Kilometer 34 Lebuhraya Karak, kira-kira pukul 2.15 pagi tadi.

Tragedi itu turut mengakibatkan seorang pelajar wanita parah selepas kereta Volkswagen itu merempuh belakang sebuah lori simen menghala Kuala Lumpur berdekatan Kampung Sungai Chinchin, Gombak.

Kemalangan berlaku ketika empat rakan itu yang menaiki kereta jenis Volkswagen Golf, dalam perjalanan dari Genting Highlands, menghala ke kampus UIA di Gombak.

Mangsa yang turut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian adalah Ameer Ashraf Khairul Annuar, 24, dan Afiq Jamal Abdul Nasir, 26, manakala Athirah Najwa Mohd. Tajul Ashikin, 27, dilaporkan parah dan sedang menerima rawatan Zon Merah di Hospital Selayang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN