fbpx
Mohamad Fadwan ketika dibawa ke Mahkamah Shah Alam. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

‘Saya mohon hukuman seberat-seberatnya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang pemungut hutang mengejutkan galeri mahkamah apabila tindakannya mengurung remaja lelaki berusia 14 tahun dalam sebuah pangsapuri di Seksyen 32 di sini adalah bertujuan untuk memecah masuk rumah mangsa bagi mendapatkan emas.

Pengakuan itu dibuat tertuduh, Mohamad Fadwan Abd. Muaain, 42, ketika disoal sendiri oleh Majisret Wan Noora Nisa Ngadirin pada prosiding mitigasi hari ini.

Majistret: Kenapa kurung mangsa?

Tertuduh: Saya nak pecah rumah dia (mangsa). Hendak ambil emas.

Majistret: Boleh fikir trauma terhadap kanak-kanak itu atas perbuatan kamu?

Tertuduh: Ya

Majistret: Kamu sudah boleh bezakan salah atau betul. Kenapa kamu kurung dan cederakannya (mangsa)?

Tertuduh : Saya mohon hukuman seberat-seberatnya.

Majisret Wan Noora kemudian menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan terhadap kesalahan mengurung mangsa.

Tertuduh juga diperintahkan menjalani hukuman penjara enam bulan bagi perbuatan mencederakan mangsa sama selepas hukuman bagi kesalahan mengurung selesai.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang menjadi buruan selama lima hari selepas melakukan jenayah seksual akhirnya ditangkap pada Sabtu lalu di sebuah bilik sewa di Kuala Lumpur.

Siasatan awal mendapati suspek melarikan diri ke ibu negara dengan menaiki pengangkutan awam sebelum menyewa bilik selepas perbuatan jenayahnya terbongkar.

Polis mengesahkan lelaki itu merupakan bekas banduan dan pernah disabitkan hukuman penjara selama 17 tahun atas jenayah rogol, merompak dan mengurung seorang wanita pada 2007.

Semakan mendapati suspek dibebaskan dari penjara pada April tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN