fbpx
Mohamad ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Kejohanan Olahraga SMK Seri Sendayan, di sini, hari ini. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

PRN: Apa sahaja keputusan, kita pulangkan semula mandat kepada rakyat – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan apa sahaja keputusan membabitkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu diterima dan seteruskan mandat dapat dipulangkan kembali kepada rakyat.

Malah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, sekiranya Datuk Seri Aminuddin Harun sudah tidak mendapat kepercayaan majoriti daripada ahli dewan, sebaiknya beliau sebagai Menteri Besar dapat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita pulangkan semula mandat kepada rakyat untuk rakyat membuat keputusan siapa yang mereka nak untuk mentakbir semula Negeri Sembilan selanjutnya dengan baik. Insya Allah. Jangan kita bising kuli kilir.

“Ia menyebabkan rakyat rasa tak tenteram. Kita jangan buat rakyat rasa tak tenteram. Biar rakyat rasa senang. The feel good factor must be there,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Sendayan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan pendirannya bersama ADUN BN yang lain di Negeri Sembilan adalah kekal sama iaitu tidak ada kepercayaan kepada Aminuddin yang gagal mengurus negeri dengan baik.

Malah menurutnya, keberadaan BN khususnya UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan adalah bagi mengurus negara secara bersama dan bukannya untuk menimbulkan ketidaktenteraman awam.

“Itu kita punya stand. Our stand is kita menyatakan secara rasmi bahawa Barisan Nasional Negeri Sembilan bukan nak keluar daripada kerajaan tetapi kita menyatakan bahawa Negeri Sembilan ini gagal diurus dengan baik oleh Menteri Besar yang sedia ada.

Malah menurut beliau, keberadaan BN di dalam Kerajaan Perpaduan peringkat persekutuan dulu adalah semata-mata untuk mengurus negara secara bersama.

“Jadi tidak timbul soal kita nak mengganggu ketenteraman awam. Beliau (Aminuddin) mesti faham isyarat-isyarat. Selaku pemimpin, kita mesti faham isyarat daripada bawah, isyarat daripada atas, isyarat daripada kiri kanan. Apa jua yang berlaku, kita mesti berurusan dengan baik,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN