fbpx
Anggota bomba menjalankan operasi mencari kedua-dua mangsa yang tertimbus di kawasan anak sungai di ladang sawit Kampung Jerimbong, Kuala Balah dekat Jeli, semalam. Foto oleh IHSAN BOMBA

Lokasi dua mangsa maut tertimbus ketika lombong emas haram jauh di pedalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JELI – Lokasi dua lelaki maut tertimbus tanah ketika mendulang emas secara haram di kawasan anak sungai ladang sawit Kampung Jerimbong, Kuala Balah, di sini semalam terletak jauh di kawasan pedalaman.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, tebing setinggi dua meter runtuh menyebabkan kedua-dua mangsa yang berusia 32 dan 38 tahun tertimbus.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Mohd. Shamsuri Mohd. Zain, kawasan tersebut terletak kira-kira satu jam perjalanan dari sebuah kilang memproses kelapa sawit di Kampung Jerimbong.

Katanya, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kegiatan melombong emas secara haram di kawasan berkenaan.

“Kita ada menahan individu yang melombong dan mendulang emas secara haram sebelum ini, namun tidak pernah menerima laporan berhubung kegiatan itu di lokasi mangsa maut tertimbus.

“Lokasi mereka ditemukan maut berada jauh di pedalaman yang mengambil masa satu jam dari sebuah kilang memproses kelapa sawit di kampung tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Mohd. Shamsuri berkata, seorang lelaki yang terselamat yang juga rakan mangsa diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian Kelantan untuk tindakan lanjut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Jeli menjalankan operasi selama dua jam untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa dari runtuhan tersebut.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Jeli untuk dibedah siasat pada pukul 10 pagi tadi. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN