fbpx
Tangkap layar rakaman kamera papan pemuka yang dikongsi di media sosial.

[VIDEO] ‘Nyaris terbabas elak lori memotong digarisan berkembar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan pemandu lori memotong di garisan berkembar di Jalan Gua Musang, Kelantan nyaris mengundang kemalangan dengan sebuah kenderaan lain dari arah bertentangan.

Kejadian ngeri itu berjaya dirakam oleh seorang pengguna yang sempat mengelak kenderaan berat itu daripada bertembung.

Berdasarkan perkongsian rakaman kamera papan pemuka yang dikongsi oleh penguna En. November, kenderaan beliau sempat mengelak ke tepi sewaktu lori itu memotong.

Ketika kejadian, jelas kelihatan kawasan itu adalah laluan larangan memotong kerana terdapat garisan berkembar.

“Bahaya. Nyaris terbabas lori memotong double line (garisan berkembar) di jalan Gua Musang. Report (laporan) polis telah dibuat,” tulis individu itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai hantaran yang mengecam tindakan pemandu lori itu dan mahu pihak berkuasa segera mengambil tindakan.

“Ambil tindakan, hilang nyawa tiada ganti dah,” komen @Ku Khairul Fadley.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @Manazil Mamat Exer.

“Beginilah selalunya berlaku tragedi kemalangan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN