fbpx
Tangkap layar kejadian samun di sebuah kedai emas di Kepala Batas, hari ini.

[VIDEO] ‘Anda pujuk, janji nak beli, tapi hari ini anda datang menyamun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang lelaki tular apabila melarikan seutas rantai tangan selepas menyamar sebagai pelanggan dalam kejadian di sebuah kedai emas di Kepala Batas di sini, hari ini.

Video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian itu dimuat naik di Facebook syarikat tersebut hari ini.

Berdasarkan video berdurasi dua minit 17 saat itu, suspek yang mengenakan kemeja-T berwarna biru gelap dan seluar jeans datang seorang diri ke premis berkenaan pada pukul 11 pagi tadi.

“Perhatian!!!, buat saudara yang baru samun rantai tangan dekat kedai sebentar tadi sila pulangkan segera! Anda dah datang ke kedai ini dua kali. Sabtu dan hari ini.

“Sabtu anda datang dengan anak dan anak anda meronta-ronta nak barang. Anda pujuk dan janji nak beli hari ini, tapi hari ini anda datang menyamun.

“Saya boleh viralkan (tularkan) gambar anda tapi saya fikirkan anak anda. Jadi, tolong pulangkan. Sebelum petang ini, saya viralkan gambar anda dan buat report (laporan polis),” tulisnya.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar dan video di media sosial memaparkan kejadian samun melibatkan lelaki dipercayai warga tempatan di sebuah kedai emas di Seberang Perai Utara.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintendan C. Tharmalingam mengesahkan kejadian dan memberitahu, kes tersebut masih dalam siasatan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN