fbpx
Poster ulang tahun ke-59 Bernama yang dikongsi Anwar di media sosial beliau.

Bernama kekal jadi tonggak media negara sejak 59 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap jasa, pengorbanan dan komitmen warga Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sempena ulang tahun ke-59 agensi berita itu hari ini.

Anwar berkata, hampir enam dekad penubuhan Bernama telah meletakkan agensi tersebut sebagai antara tonggak penting negara dalam menyampaikan berita yang sahih dan berintegriti kepada rakyat.

“Peranan dimainkan Bernama turut membantu memperkukuh kefahaman rakyat, memelihara perpaduan nasional serta mengangkat citra Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Dalam era ledakan teknologi digital, kecerdasan buatan (AI) dan lambakan maklumat tanpa sempadan, cabaran dunia media kini menjadi semakin kompleks,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap Bernama akan terus mendukung fakta, etika kewartawanan dan kepercayaan awam demi memastikan rakyat memperoleh maklumat yang benar serta bertanggungjawab.

“Selamat ulang tahun ke-59 kepada Bernama,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN