SEPANG – Seorang sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas tuduhan membuat hantaran palsu mengenai subsidi Budi Madani RON95 (Budi95).
Tertuduh, Romfazly Syam Mohd. Mokhtar, 46, mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 4 April lalu dan kes dibaca mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Mahkamah kemudian dimaklumkan tertuduh menjelaskan denda yang dikenakan. – KOSMO! ONLINE














