fbpx
Tiga daripada tujuh kanak-kanak tiba di pusat pemeriksaan Songkhla, Thailand. - Thairath

3 budak Thai dipaksa mengemis di Malaysia dihantar pulang  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Tiga kanak-kanak lelaki warga Thailand dihantar pulang ke negara asal selepas mereka diseludup ke Malaysia oleh seorang sami Buddha dan dipaksa meminta sedekah, lapor portal berita Must Share News. 

Kanak-kanak yang masing-masing lima, 11 dan 12 tahun itu dihantar pulang ke Thailand baru-baru ini, manakala empat lagi masih berada di Malaysia dan dijangka pulang pada awal bulan depan. 

Penghantaran dibuat selepas pertubuhan kebajikan, Yayasan Paveena menerima aduan  sekumpulan ibu bapa mengenai  tujuh kanak-kanak yang diperdaya oleh seorang sami Buddha untuk pergi ke Malaysia.

Mereka dijanjikan untuk menjadi sami novis, namun dipaksa meminta sedekah selepas tiba di Malaysia. 

Kementerian Luar Thailand memaklumkan kepada yayasan berkenaan bahawa tiga daripada kanak-kanak itu dihantar pulang 12 Mei lalu. 

Mereka tiba di pusat pemeriksaan sempadan di Songkhla pukul 8.45 malam (waktu tempatan). 

Kanak-kanak lelaki yang berumur lima tahun kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana demam. 

Presiden Yayasan Pavena, Pavena Hongsakul berkata, pihaknya akan menyediakan pemulihan psikologi kepada mangsa dengan bantuan agensi berkaitan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN