PETALING JAYA – “Perempuan bila dah cerai dan dapat status ‘janda’, dia akan semakin cantik”.
Itu kenyataan oleh seorang lelaki tentang kaum wanita yang disifatkan lebih menawan selepas melalui fasa penceraian dengan pasangan masing-masing.
Individu itu berkata, mereka juga kelihatan lebih muda berbanding umur sebenar, malah turut bertanya bagaimana ‘keadaan’ itu boleh berlaku.
“Mereka juga terlihat lebih muda walaupun umur dah tua.
“Jangan berdebat, ini fakta (kerana) kebanyakannya macam tu. Nak tanya, kenapa ya?” soalnya di media sosial.
“Sebab ada masa nak rawat diri sendiri, emosi semakin baik dan paling utama dah tak perlu nak sentiasa jaga hati orang lain sampai lupa jaga hati diri sendiri,” ujar @Siti Hawe.
“Kerana masa tu baru ada masa urus diri sendiri. Tidak sibuk lagi urus hal orang lain,” kongsi @Meqna_JJCM.
“Setuju sangat fakta ini. Akak lima tahun berpisah memang bahagia sangat dengan diri sendiri,” kata pengguna yang lain. – KOSMO ONLINE














