fbpx
Fotofit suspek yang berjaya dirakam CCTV sebelum ini.

Lelaki ikat, liwat, kurung remaja dilanjut reman lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang pemungut hutang yang sebelum ini mengurung mengikat dan meliwat remaja lelaki berusia 14 tahun di Seksyen 32 di sini, dilanjutkan reman lima hari lagi.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berhubung status reman terhadap suspek berusia 40-an yang tamat hari ini.

“Untuk makluman, sambung reman sehingga 23 Mei ini,” katanya ringkas hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan suspek yang menjadi buruan selama lima hari selepas melakukan jenayah seksual itu akhirnya berjaya ditangkap pada petang, Sabtu lalu di bilik sewanya di Kuala Lumpur.

Siasatan awal mendapati suspek melarikan diri ke ibu negara dengan menaiki pengangkutan awam sebelum menyewa bilik baharu selepas melakukan jenayah tersebut di daerah ini.

Hasil semakan juga mendapati suspek baharu dibebaskan daripada penjara pada April tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN