PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara.
Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap itu berlangsung di Istana Negara, di sini hari ini.
Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai perkara yang dibincangkan dalam sesi menghadap berkenaan tidak didedahkan.
Hantaran tersebut turut dimuat naik bersama beberapa keping gambar memperlihatkan pertemuan antara Seri Paduka Baginda dan Perdana Menteri.
“Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri,” menurut hantaran itu. – KOSMO! ONLINE














