UNIVERSITAS Muhammadiyah Yogyakarta (UMY), Indonesia dan Universiti Malaya (UM) berjaya membuktikan bahawa sebuah kolaborasi unik mampu dicapai meskipun terpisah jarak serta geografi. Itulah yang dapat disimpulkan apabila menyaksikan pementasan teater Roro Jonggrang yang berlangsung di Dewan Learning Space, Fakulti Bahasa dan Linguistik UM, Kuala Lumpur baru-baru ini. Menerusi dedikasi tenaga pendidik dan penuntut Fakulti Bahasa daripada kedua-dua institusi itu, teater berskala kecil berkenaan lebih daripada sekadar pengalaman rentas budaya dan pengisian akademik. Menurut pensyarah dan penulis skrip UMY, Puthut Ardianto,……














