fbpx
SKUAD quadrant negara terpaksa akur dengan kekuatan Korea Selatan pada aksi kedua Kumpulan C Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, hari ini. - SHIDDIEQIIN ZON

India bakal tentukan nasib Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hajat skuad quadrant negara layak ke suku akhir lebih awal tidak terlaksana apabila tewas 1-2 kepada Korea Selatan pada perlawanan kedua Kumpulan C Piala Dunia Sepak Takraw di Stadium Titiwangsa, hari ini.

Keputusan itu menyaksikan anak buah Mohammad Zulkarnain Mohamed Arif memilih jalan sukar dan berdepan misi wajib menang ke atas India yang kini meraih kemenangan bersih dalam dua perlawanan awal.

Malam ini, skuad negara akan turun ke gelanggang untuk aksi ketiga menentang India.

“Kita pun tahu kekuatan India macam mana, jadi kita akan kaji video-video yang India main sepanjang dua perlawanan ini. InsyaAllah kita akan bangkit balik.

“Misi wajib menang untuk kita layak ke peringkat seterusnya. Jadi kita akan kaji sikit, bincang balik macam mana strategi untuk permainan kita jadi lebih baik,” katanya.

Terdahulu, Korea Selatan yang perlu menang untuk menghidupkan peluang layak ke suku akhir memulakan perlawanan dengan baik apabila menang 15-8.

Bagaimanapun, skuad negara kembali perkemaskan permainan di set kedua dan walaupun masih mampu memberikan cabaran, Korea Selatan terpaksa akur, tewas 11-15 dan pemenang terpaksa ditentukan dalam set penentuan.

Di set penentuan, aksi sengit dipamerkan kedua-dua pasukan namun Korea Selatan lebih unggul untuk mengesahkan kemenangan 15-13.

Dalam aksi berasingan, India sudah pun mengesahkan slot ke suku akhir apabila menang 15-10 dan 15-8 ke atas Singapura. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN