MELAKA – Kenaikan harga insurans e-hailing yang didakwa mencecah lebih RM1,000 setahun berbanding sekitar RM300 sebelum ini dianggap sangat membebankan kepada golongan pemandu di negeri ini. Pengerusi Persatuan E-Hailing Negeri Melaka, Mohd. Salleh Mohd. berkata, apa yang menimbulkan persoalan apabila para pemandu mendakwa fungsi sebenar insurans tersebut sebenarnya masih tidak jelas. Menurutnya, kebanyakan pemandu masih menggunakan tuntutan insurans kenderaan biasa sekiranya berlaku kemalangan walaupun sudah membayar insurans e-hailing. “Kalau ikut pengalaman dan apa yang saya dengar daripada pemandu-pemandu, belum pernah……














