fbpx

Piala Dunia: Jepun perlu lupakan khidmat Mitoma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Pemain bertaraf bintang Jepun, Kaoru Mitoma terlepas peluang untuk bersama skuad Samurai Biru ke Piala Dunia selepas diketepikan daripada senarai 26 pemain akibat kecederaan yang dialami minggu lalu.

Ketua Jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu menjelaskan Mitoma yang mewakili Brighton tidak sempat cergas selepas mengalami kecederaan hamstring ketika menewaskan Wolverhampton pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), minggu lalu.

“Ini adalah keputusan yang sukar kerana pasukan perubatan sudah menilai bahawa sukar untuk dia kembali cergas sepanjang kejohanan berlangsung,” kata Moriyasu.

Selain Mitoma, pemain AS Monaco, Takumi Minamino turut terlepas peluang selepas mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) sekali gus tersisih daripada aksi kompetitif sejak Disember lalu.

Dalam masa sama, Moriyasu memohon maaf kepada ramai pemain yang tidak dapat dipanggil menyertai skuad kebangsaan pada kejohanan terbesar dunia yang akan membuka tirai rasmi pada 12 Jun depan.

“Ramai pemain telah memberikan segalanya sepanjang perjalanan menuju Piala Dunia. Walaupun hanya 26 pemain dipilih hari ini, kami akan membawa semangat semua pemain yang telah berjuang bersama kami.

“Ketika ini kami telah memilih 26 pemain terbaik untuk menghadapi dunia,” katanya.

Jepun yang menduduki ranking ke-18 dunia membawa momentum positif dengan lima kemenangan berturut-turut di peringkat antarabangsa dan bakal mengharungi aksi persahabatan terakhir menentang Iceland pada 31 Mei depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN