fbpx
Antara jenis dadah yang dirampas oleh APMM Zon Kuala Kurau semalam. - Foto IHSAN APMM

Dua lelaki lari masuk paya, tinggalkan bot bawa dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PARIT BUNTAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Kuala Kurau menumpaskan cubaan pengedaran dadah di perairan Perak selepas merampas heroin dan methamphetamine bernilai kira-kira RM12,000 dalam satu operasi khas di kawasan muara sungai terpencil di sini semalam.

Bagaimanapun, dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan itu sempat meloloskan diri ke kawasan paya bakau sebaik menyedari kehadiran pasukan penguat kuasa, sekali gus gagal ditahan dalam operasi berkenaan.

Pengarah APMM Zon Kuala Kurau, Komander Mohd Hairil Othman berkata, pasukannya telah memeriksa sebuah bot kayu tanpa nombor pendaftaran yang ditinggalkan suspek sebelum menemukan dua jenis dadah siap dibungkus.

Beliau berkata, turut ditemukan wang tunai kira-kira RM2,500 yang diletakkan dalam sebuah beg di atas bot berkenaan, dipercayai mempunyai kaitan dengan transaksi kegiatan pengedaran dadah terbabit selain beberapa unit telefon bimbit  dengan keseluruhan nilai rampasan mencecah RM40,000.

“Kesemua rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Zon Kuala Kurau untuk tindakan dan siasatan lanjut mengikut peruntukan undang-undang berkaitan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN