PETALING JAYA – Industri penternakan lembu bagi tujuan ibadah korban tahun ini disifatkan semakin mencabar apabila penternak tempatan berdepan lambakan pesaing baharu, ‘perang’ harga serta kemasukan lembu import murah yang menjejaskan jualan. Pengusaha Bumi Agro Resources, Mohamad Fikri Azahar, 35, berkata, walaupun lebih 10 tahun mengusahakan perniagaan ternakan keluarga di sekitar Klang, Banting dan Kuala Selangor, tahun ini antara paling mencabar buatnya. Menurutnya, tahun lalu dia banyak menerima tempahan surau dan masjid di sekitar Selangor, namun situasi berubah selepas kemunculan……














