fbpx
DISHA Patani bakal muncul dalam filem Holiguards Saga - The Portal Of Force di samping aktor veteran, Kevin Spacey dan Tyrese Gibson.

Giliran Disha Patani tawan Hollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AKTRES seksi, Disha Patani menjadi bintang baharu Bollywood yang bakal menawan industri perfileman Hollywood. Disha bakal muncul dengan filem Holiguards Saga – The Portal Of Force di samping aktor veteran, Kevin Spacey dan Tyrese Gibson.

Trailer filem arahan Kevin Spacey itu sudah pun ditayangkan dan rata-rata peminat Disha teruja melihat kemunculannya. Memegang watak sebagai Jessica, Disha berkata, dia gembira diberi peluang bekerjasama dengan produksi antarabangsa serta penglibatan ramai karyawan dari serata dunia.

“Saya pencinta naskhah aksi. Terlibat dalam filem ini merupakan satu pelajaran buat saya. Saya gunakan segala ilmu yang dikutip di Bollywood dan pamerkan apa yang saya ada untuk filem ini.

“Pengalaman ini betul-betul memperkasakan saya,” katanya.

Sebelum Disha, antara heroin Bollywood yang sudah menawan Hollywood ialah Priyanka Chopra, Deepika Padukone, Aishwarya Rai dan Alia Bhatt.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN