fbpx
ANCELOTTI menamatkan spekulasi menyertai United selepas menerima lanjutan kontrak bersama Brazil. - AFP

Ancelotti tolak kembali ke EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RIO DE JANEIRO – Pengendali berpengalaman, Carlo Ancelotti sah melanjutkan kontraknya bersama skuad kebangsaan Brazil sehingga Piala Dunia 2030 sekali gus menamatkan spekulasi dengan Manchester United musim depan.

Ancelotti yang menyertai Selecao pada tahun lalu mengakui semakin memahami betapa besarnya nilai bola sepak buat rakyat Brazil menjelang kejohanan Piala Dunia 2026 nanti.

“Saya tiba di Brazil setahun lalu. Sejak hari pertama, saya memahami apa makna bola sepak kepada negara ini.

“Selama setahun kami bekerja keras untuk membawa Brazil kembali ke puncak dunia, tetapi saya dan Persatuan Bola Sepak Brazil (CBF) mahukan lebih banyak kejayaan, lebih banyak masa untuk bekerjasama.

“Justeru, saya sangat gembira untuk menandatangani kontrak baharu selama empat tahun lagi sehingga Piala Dunia 2030. Terima kasih kepada CBF atas kepercayaan yang diberikan,” katanya.

Sementara itu, Presiden CBF, Samir Xaud menyifatkan pembaharuan kontrak Ancelotti sebagai detik bersejarah buat bola sepak Brazil.

“Pembaharuan kontrak Carlo Ancelotti adalah satu lagi langkah penting dalam komitmen kami untuk memastikan pasukan terus memiliki struktur yang kuat, moden dan kompetitif,” katanya.

Brazil telah diundi dalam Kumpulan C bersama Scotland, Maghribi dan Haiti dalam usaha memburu kejuaraan dunia pertama sejak tahun 2002. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN