fbpx
Mohamad bercakap pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran AGRO Penjaja-i di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA

Harga makanan dijangka naik separuh kedua tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kerajaan menjangkakan harga makanan akan meningkat separuh kedua tahun ini susulan peningkatan kos penghantaran, baja dan makanan ternakan akibat krisis tenaga.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau akui kenaikan harga minyak dunia memberi tekanan kepada rantaian bekalan makanan negara termasuk sektor penternakan dan perikanan negara.

Beliau berkata, apa yang dibimbangi ketika ini termasuk peningkatan kos bijirin ternakan dan soya yang menjadi bahan utama makanan ternakan ayam.

“Bagaimanapun, kita tidak boleh terlalu selesa. Kita menjangkakan akan berlalu perubahan harga.

“Kita akan pantau dengan rapi kalau ada perubahan-perubahan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Agro Penjaja -i, di sini hari ini.

Katanya, ketika ini, negara masih bergantung kepada import bijirin ternakan dari pelbagai negara termasuk Brazil dan Argentina manakala bekalan beras pula diimport dari Pakistan, India serta Bangladesh.

Mohamad berkata, walaupun tiada gangguan penghantaran ketika ini namun, kenaikan harga minyak dunia tetap memberi kesan kepada kos logistik dan bahan pertanian.

“Sama juga seperti bekalan baja dan urea, apabila berlaku krisis tenaga ia akan libatkan itu semua,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN