fbpx
Nourul Depp memuji kesungguhan Fauziah atau mesra disapa Jee yang tetap memberikan kualiti persembahan terbaik walaupun bergelut dengan masalah kesihatan baru-baru ini.

‘Kasihan, orang tak tahu Kak Jee ada asma yang teruk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Orang tak tahu dia ada asma yang teruk. Tapi saya tak tahu kenapa Kak Jee tidak pernah cakap benda ini.”

Demikian perkongsian penyanyi Nourul Depp yang mendedahkan Fauziah Latiff sedang bergelut dengan masalah kesihatan yang agak serius.

Tampil mempertahankan idolanya, Nourul atau nama lengkapnya Noorulhuda Abdul Wahab memuji kesungguhan Fauziah atau mesra disapa Jee yang tetap memberikan terbaik demi peminat walaupun dalam keadaan penat dan kesihatan yang tidak menentu.

“Saya kasihan dekat dia sebab sesetengah orang merosakkan emosi dia. Tapi alhamdulillah saya gembira tengok konsert dia.

“Nampak jiwa dia sayang dekat muzik macam mana. Memang peminat ada hak untuk beritahu kenapa nyanyian dah lain sekarang. Kita kena sedar juga manusia bukan robot atau mesin.

“Bagi saya Kak Jee dah buat yang terbaik dan dia menyanyi sangat bagus. Semestinya dalam berapa puluh lagi dia menyanyi kita tak boleh menjangkakan kesempurnaan,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui dalam sebuah temu bual eksklusif.

Tegas pelantun lagu Keliru itu, peminat perlu lebih empati dan sedar bahawa faktor usia serta kesihatan memainkan peranan besar dalam persembahan seseorang artis.

“Kita risau juga dengan dia bukannya tak sedar ada komen teruk.

“Jadi marah sebab kita minat dia. Kita hargailah orang itu turun padang buat untuk kau walaupun kesihatan dia tak okey dengan penat dan letih.

“Kita tak tahu emosi dia macam mana, apa lagi masalah lain yang dia hadapi. Jadi hormati sikit,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Nourul meluahkan rasa syukur apabila konsert tersebut mendapat sambutan luar biasa

“Aura dan abad atas pentas, dia bercakap dengan orang semua buat saya berbangga jadi antara peminatnya.

“Saya sangat gembira konsert dia berjalan dengan baik dan ‘full house’,” tuturnya.

Sabtu lalu, Jee berjaya mengadakan konsert solonya selepas empat dekad bergelar penyanyi.

Namun, rata-rata mengkiritik persembahannya terutama isu vokal yang dikatakan tidak seperti dahulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN