fbpx
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

SPRM tahan eksekutif kanan agensi kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang eksekutif kanan sebuah agensi kerajaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM8,000 daripada sebuah syarikat binaan dan sebuah syarikat kontraktor.

Habuan berkenaan diberi sebagai balasan mendapatkan kontrak, meluluskan penilaian kontrak kerja, mendapatkan perakuan siap kerja serta mempercepatkan tuntutan pembayaran syarikat berkenaan.

Perintah tahanan reman selama tujuh hari sehingga 18 Mei terhadap suspek dikeluarkan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuantan pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pukul 4 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Pahang.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024 dengan membantu kedua-dua buah syarikat terbabit mendapatkan kontrak, meluluskan penilaian kontrak kerja, mendapatkan perakuan siap kerja serta mempercepatkan tuntutan pembayaran.

“Suspek dipercayai menerima wang rasuah daripada syarikat-syarikat tersebut melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi miliknya,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a) (A) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINEA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN