KUALA LUMPUR – Tidak puas hati kerana dijeling menjadi punca seorang lelaki mengamuk sehingga mencetuskan pergaduhan di sebuah restoran di kawasan Kepong, 7 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, kes berkenaan masih dalam siasatan dan pihak polis sedang menjalankan tindakan lanjut.
“Pergaduhan berpunca akibat mangsa yang sedang makan di restoran berkenaan jeling (memandang) ke arah suspek.
“Suspek yang sedang mabuk tidak berpuas hati kerana dijeling sebelum terus menyerang mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Basri berkata, suspek telah ditangkap dan direman sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular di media sosial satu video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan tiga individu menyerang seorang lelaki sehingga cedera di restoran terbabit. – KOSMO! ONLINE














