JAKARTA – Beratus-ratus jemaah haji dari Indonesia menyertai aktiviti senaman demi meningkatkan stamina sebelum mengerjakan rukun Islam kelima itu, lapor agensi berita Antara.
Senaman itu dilakukan di Hotel Al-Hidayah di kota suci Mekah, Arab Saudi semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform YouTube oleh akaun SINDOnews menunjukkan sejumlah orang dewasa dan warga emas bersenam beramai-ramai.
Mereka turut melakukan aktiviti regangan otot, berjalan setempat serta menggerakkan tangan ke depan dan ke belakang.
Program tersebut diadakan bagi mengekalkan kecergasan fizikal jemaah dan persiapan sebelum mengerjakan ibadah haji. – AGENSI














