fbpx
Tangkap layar CCTV kejadian kemalangan mengorbankan seorang penunggang motosikal.

[VIDEO] Penunggang motosikal maut, polis buru pemandu lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Polis sedang mengesan pemandu sebuah lori selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan seorang penunggang motosikal warga emas di Jalan Desa Serdang, Seri Kembangan di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian kira-kira pukul 9 malam itu melibatkan sebuah motosikal Honda Wave 125 berwarna merah dan sebuah lori jenis bonded berwarna putih.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori tersebut dipercayai masuk simpang dari jalan utama secara cuai.

“Penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak sebelum bergesel dengan lori tersebut lalu terjatuh di atas jalan.

“Mangsa hanya ditemui orang awam selepas kejadian sebelum dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa lelaki tempatan berusia 65 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang semalam akibat kecederaan parah di kepala.

“Hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah kilang berhampiran mengesahkan berlaku pelanggaran antara motosikal dan lori terbabit.

“Bagaimanapun, nombor pendaftaran lori itu tidak dapat dikenal pasti dengan jelas dan pihak polis kini sedang mengesan pemandunya bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Raziman Rasid di talian 019-4565502 bagi membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN