fbpx
Elizad tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelakon yang tiba lewat di set penggambaran bagi menjaga emosinya sepanjang tempoh sesebuah projek drama atau filem berlangsung. - ISKANDAR ISHAK

Orang lain lambat di set, Elizad Sharifuddin pilih ‘angkat kaki’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktres Elizad Sharifuddin tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelakon yang tiba lewat di set penggambaran bagi menjaga emosinya sepanjang tempoh sesebuah projek drama atau filem berlangsung.

Menurut Elizad, 42, dia memilih untuk ‘mengangkat kaki’ dari set penggambaran sebelum di memulakan sebarang situasi yang akan mengeruhkan keadaan.

“Saya jenis individu yang menghormati pengarah dan kru tetapi sekiranya pelakon lain tiba terlalu lambat, saya tidak boleh tunggu akan bergerak terus sebab akan ganggu emosi.

“Kalau sudah ganggu emosi, kemudian ada pula berbelas babak menangis, saya risau lakonan tidak menjadi dan sebab itu perlu bertenang dulu.

“Saya bukan nak berlagak seperti seorang bintang tetapi sebelum mula marah atau bergaduh, lebih tarik ‘brek tangan’ dan minta diri terlebih dahulu,” katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis tayangan episod terakhir drama Bila Cinta Menjadi Dosa baru-baru ini.

Meski rasa amarah membuak-buak dalam diri, dia bagaimanapun menyerahkan tugas untuk menegur kepada pengarah.

“Di set penggambaran, saya tidak mahu melangkaui kuasa pengarah walaupun dia lebih muda masih muda kerana dia yang mengetuai penggambaran tersebut.

“Kalau boleh tak mahu rosakkan suasana di lokasi pengambaran dengan sebarang teguran. Jadi, lebih baik pengarah yang melakukannya.

“Kalau pengarah yang menegur, individu itu mungkin tidak akan berkecil hati, itu cara saya menjaga hubungan di set penggambaran setakat ini,” ujarnya.

Berkongsi mengenai Bila Cinta Menjadi Dosa arahan Shuhaimi Lua, Elizad bersyukur drama dibintanginya itu mendapat respons positif daripada penonton.

“Saya tak sangka drama ini viral dan jadi sebutan dalam media sosial tambahan pula karakter kali ini pula agak berbeza.

“Semua yang terlibat beri kerjasama hebat termasuk barisan pelakon muda seperti March Syahmie dan Zairi Aziz. Kami semua sudah seperti satu keluarga.

“Semoga setiap mesej dalam drama ini dapat jadi pengajaran buat mereka yang menonton,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN