fbpx
Anggota polis membawa kedua-dua suspek untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Pasir Puteh, hari ini. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI

Dua lelaki ada rekod dadah dicekup bantu siasatan kes bunuh OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Dua lelaki yang memiliki rekod dadah dicekup bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati dekat Bachok pada bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, kedua-dua suspek yang berusia 25 tahun itu ditahan di Kubang Kerian dan Kota Bharu, dekat sini kira-kira pukul 1 dan 3 pagi tadi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek dipercayai rakan kepada mangsa, Muhammad Zakir Fikry Mohd. Zainal, 20.

“Salah seorang suspek bekerja sebagai peniaga pakaian manakala seorang lagi merupakan penganggur. Kedua-dua lelaki itu mempunyai rekod dadah,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Mohamad Ismail memberitahu, kedua-dua lelaki itu ditahan reman enam hari bermula hari ini hingga Jumaat untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, selepas lebih 17 jam bertarung nyawa, seorang lelaki OKU lembam akhirnya disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada kepala apabila dipercayai dipukul dalam kejadian di Ladang Merdeka Cherbu, Padang Lati di sini pada 14 April lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN