fbpx
Sultan Ibrahim ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Putin di Kremlin, Moscow semalam.

Agong jemput Presiden Putin lawat Malaysia tahun hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menjemput Presiden Persekutuan Russia, Vladimir Putin mengadakan lawatan negara ke Malaysia pada tahun tahun hadapan.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, jemputan itu sempena sambutan Jubli Intan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Perkara itu dititahkan Seri Paduka Baginda sewaktu mengadakan pertemuan empat mata bersama Presiden Putin di Kremlin, Moscow semalam.

“Seri Paduka Baginda turut berkenan membalas jemputan dan penghormatan yang diberikan Persekutuan Rusia dengan menjemput Presiden Putin mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia pada tahun 2027 sempena sambutan Jubli Intan hubungan diplomatik kedua-dua negara,” tulis hantaran itu.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda bertitah bahawa tahun depan menandakan satu detik penting dalam hubungan Malaysia dan Persekutuan Rusia dengan
sambutan Ulang Tahun Ke-60 hubungan diplomatik antara dua negara.

Titah Sultan Ibrahim, sejak tahun 1967 kerjasama antara kedua-dua negara terus berkembang secara konsisten menjadi hubungan yang kukuh dan produktif.

Baginda bertitah pertemuan bersama Presiden Putin di St Petersburg pada awal Januari lalu berlangsung dalam suasana konstruktif dan membuahkan hasil positif apabila kedua-dua pemimpin berkongsi aspirasi yang sama untuk mempertingkatkan hubungan dua hala ke tahap lebih tinggi.

“Perjalanan panjang yang ditempuhi bersama serta pencapaian signifikan dalam hubungan Malaysia-Persekutuan Rusia wajar diraikan menerusi sambutan yang bermakna dan bersejarah,” titah Seri Paduka Baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN